Ikuti Kami:

Ingin Jadi Pemain Hoki Ais Sebelum Berlakon, Kisah Silam Kang Kiyoung Jadi Perhatian Kini

Ingin Jadi Pemain Hoki Ais Sebelum Berlakon, Kisah Silam Kang Kiyoung Jadi Perhatian Kini

Selepas meraih populariti menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo”, ramai nampaknya ingin tahu lebih lanjut tentang kisah silam pelakon Kang Ki-young.

Baru-baru ini, telah tular di laman komuniti mengenai temu bual Kang Ki-young dengan satu saluran media pada 2015. Sebelum ini, pelakon itu pernah berkongsi bahawa dia mempunyai impian untuk menjadi seorang pemain hoki ais.

Oleh itu, Kang Ki-young berlatih sukan dari sekolah menengah hingga sekolah menengah pertama dengan impian untuk menjadi pemain hoki ais. Namun, dia berhenti berlatih disebabkan susuk tubuhnya yang kurus dan kecil ketika itu, jadi, dia tidak sesuai untuk melakukan senaman yang berat.

Selepas berhenti bermain hoki ais, dia pergi belajar di Amerika Syarikat dan kembali ke Korea selepas menamatkan pengajiannya, tetapi dia masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan masa depannya. Pada 2003, Kang Ki-young memutuskan untuk cuba menjadi seorang pelakon selepas menonton sebuah drama.

kang kiyoung

Untuk pengetahuan, uji bakat lakonan pertama yang disertai Kang Ki-young adalah untuk drama tvN “High School King of Savvy”, yang mengisahkan tentang pemain hoki ais. Dengan usaha Kang Ki-young yang datang ke sesi uji bakat dengan membawa pakaian dan peralatan hoki ais, dia akhirnya lulus untuk menjadi salah seorang pelakon dalam siri itu. Kemudian, dia menyambung kerjaya lakonannya dalam “Oh My Ghost”, yang dicipta oleh pasukan produksi yang sama.

Selepas kisah silam Kang Ki-young menjadi bualan kembali, ramai netizen mendakwa bahawa pelakon itu nampaknya datang daripada keluarga yang kaya, memandangkan permainan hoki ais di Korea memerlukan wang yang banyak. Antara komen yang ditulis:

Dia mesti anak kepada keluarga kaya. Saya mendengar bahawa jika anda ingin bermain hoki ais di Korea, keluarga anda mestilah kaya.

 

Bukan mudah untuk bermain hoki di Korea. Dia juga pergi belajar di Amerika Syarikat.

 

Bermain hoki memerlukan banyak wang.

Dalam pada itu, pada 2019, Kang Ki-young telah berkahwin dengan orang bukan selebriti yang berumur 3 tahun lebih muda daripadanya, juga merupakan seorang pemilik galeri.

kang kiyoung

Bukan biasa-biasa tau Kang Ki-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...