Ikuti Kami:

Ingin Jadi Individu Berguna, Kim Youngdae Beri Sumbangan Kepada Big Issue Korea

Ingin Jadi Individu Berguna, Kim Youngdae Beri Sumbangan Kepada Big Issue Korea

Bila ada peluang, tak salahkan berkongsi hasil titik peluh dengan orang lain juga…

Terbaru, agensi pelakon Kim Young-dae iaitu Outer Korea, berkongsi di dalam satu sidang media bahawa,

Kim Young-dae menderma kepada Big Issue Korea. Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu dan menyokong proses latihan perkhidmatan vokasional oleh Big Issue kepada golongan yang memerlukan.

kim youngdaeBuat pengetahuan, Big Issue Korea adalah merupakan yayasan perusahaan sosial yang turut menerbitkan majalah Big Issue, yang memberikan nafas baru buat golongan yang memerlukan. Ia memberi peluang dan menyokong golongan ini untuk melangsungkan kehidupan sehingga tiada seorang pun yang terpinggir.

Big Issue Korea juga berkata,

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan ini dek kerana sekarang musim sejuk dan juga negara ini masih dilanda wabak COVID-19. Kami juga harap pengaruh baik daripada Kim Young-dae dapat menjadi contoh kepada orang ramai.

Kim Young-dae juga sempat menyuarakan pandangannya,

Sebanyak mana kasih sayang yang saya terima daripada orang ramai, saya juga ingin melakukan perkara ini sebagai tanda saya ingin membalas jasa semua dan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Sumbangan saya bukanlah jumlah yang besar, tetapi saya harap ia akan dapat digunakan di tempat yang sesuai dan baik. 

Pada masa yang akan datang juga, saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang pelakon dan seorang individu yang baik. Semua orang telah bekerja keras tahun ini, dan saya harap ianya akan kekal hebat di masa akan datang juga. 

kim youngdaeTerima kasih Kim Young-dae! Mesti ramai akan rasa bersyukur!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...