Ikuti Kami:

Gabungan Kim Youngdae, Park Juhyun & Kim Wooseok Dalam ‘The Forbidden Marriage’ Dinanti Peminat

Gabungan Kim Youngdae, Park Juhyun & Kim Wooseok Dalam ‘The Forbidden Marriage’ Dinanti Peminat

Poster bagi drama “The Forbidden Marriage” kini sudah disiarkan!

Drama “The Forbidden Marriage” yang bakal dilakonkan oleh Kim Young-dae, Park Ju-hyun, Kim Min-ju IZ*ONE, semestinya berjaya meraih perhatian peminat K-Drama. youngdaeKim Young-dae yang bakal membawa watak sebagai Raja Yi-heon yang mulai putus asa selepas kematian isterinya dan akhirnya melarang sebarang perkahwinan di kerajaannya. Tujuh tahun selepas kematian isterinya, yang dilakonkan oleh Kim Min-ju IZ*ONE, dia kemudian terserempak dengan seorang penipu bernama So Rang yang dilakonkan oleh Park Ju-hyun yang mendakwa dirinya telah dirasuk oleh mendiang isterinya. juhyunKesemua pelakon juga dijangkakan untuk memberi gandingan yang unik dan dinamik kerana pelakon, Kim Woo-seok juga akan tampil membawa watak sebagai pegawai Uigeumbu, Lee Shin-won.

Drama “The Forbidden Marriage” ini dijangka akan mula ditayangkan pada 9 Disember akan datang.

Tak sabar ni guys!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...