Ikuti Kami:

Ingin Ikut Jejak Langkah, Moon Sangmin Kongsi Mahu Hebat Dalam Genre Romantik Komedi Seperti Park Seojoon

Ingin Ikut Jejak Langkah, Moon Sangmin Kongsi Mahu Hebat Dalam Genre Romantik Komedi Seperti Park Seojoon

Bukan Kim Hye-soo seorang sahaja yang jadi idola Moon Sang-min, tapi pelakon ini juga!

Terbaru, pelakon yang mula menjadi sebutan dek kerana lakonannya menerusi siri hit Neltflix, “Under The Queen’s Umbrella” berkongsi mengenai beberapa pelakon yang menjadi pilihannya sebagai ‘role model’.

Melihat kepada keserasiannya bersama pelakon Kim Hye-soo sebagai ibu dan anak dalam drama hit baru-baru ini, dia berkongsi,

Kim Hye-soo sangat membantu saya sepanjang penggambaran drama tersebut. Dia pernah berkata kepada saya, jika para pelakon sendiri ‘tumbang’, maka set penggambaran turut akan ‘tumbang’ sekali. Saya banyak belajar tentang etika bekerja daripada Kim Hye-soo. 

park seojoonDalam pada itu juga, Moon Sang-min turut berkongsi bahawa dia turut menjadikan seorang pelakon lelaki hebat ini sebagai idolanya.

Park Seo-joon adalah idola saya, memandangkan dia juga senior di agensi saya. Jadi, saya sering melihat personalitinya. Bukan kah Park Seo-joon sendiri menjadi ikon buat golongan muda dan dia sangat dihormati dengan caranya berkerja? Jadi, saya sangat yakin untuk mengikut jejak langkahnya. Saya mahu jadi seorang yang hebat dalam ‘rom-com’ juga sepertinya.

Wah, kalau dia nak jadi Park Seo-joon, makin bertambah la hero ‘rom-com’ lepasni….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...