Nampaknya, akan ada satu lagi K-Drama menarik bakal menemui penonton di Netflix.
Pada 9 Jun, Netflix telah mengeluarkan poster rasmi bagi siri baharu akan datang “Remarriage & Desires”, yang telah ditetapkan untuk tayang pada 15 Julai ini.
Untuk pengetahuan, “Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.
복수를 위해 상류층 결혼 비즈니스에 뛰어든 그녀.
사랑이 아닌 조건을 거래하는 욕망의 최전선에서 혜승의 복수가 시작됩니다. ‘블랙의 신부', 7월 15일 오직 넷플릭스에서.#블랙의신부 #RemarriageandDesires #김희선 #KimHeeSeon #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/YSAuiKzpBw
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) June 9, 2022
Kim Hee-sun akan melakonkan watak Seo Hye-seung, seorang suri rumah tangga yang kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Suatu hari, dia bertemu dengan Jin Yoo-hee yang mengubah kehidupannya 180 darjah di syarikat informasi perkahwinan. Bermula dari situ, dia menyertai perlumbaan untuk mengahwini ‘pangkat hitam’ iaitu pasangan 0.001% teratas. Selain Kim Hee-sun, drama ini akan turut dibintangi Lee Hyun-wook, Jung Eugene, Park Hoon dan Cha Ji-yeon.
Jangan lupa tonton “Remarriage & Desires” di Netflix pada 15 Julai ini!