Ikuti Kami:

Ubah Hidup Kahwini Kelas Atasan, Netflix Kongsi Barisan Pelakon Drama ‘The Bride Of Black’

Ubah Hidup Kahwini Kelas Atasan, Netflix Kongsi Barisan Pelakon Drama ‘The Bride Of Black’

Netflix memang sentiasa memberikan kandungan yang terbaik buat pelanggannya. Terbaru, anda akan disapa dengan sebuah K-Drama baru tak lama lagi yang dibarisi pelakon hebat.

“The Bride Of Black” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial.

Kim Hee-sun akan melakonkan watak Seo Hye-seung, seorang suri rumah tangga yang kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Suatu hari, dia bertemu dengan Jin Yoo-hee yang mengubah kehidupannya 180 darjah di syarikat informasi perkahwinan.. Bermula dari situ, dia menyertai perlumbaan untuk mengahwini ‘pangkat hitam’ iaitu pasangan 0.001% teratas.

Lee Hyun-wook bakal menjayakan watak CEO syarikat perusahaan bernama Lee Hyung-joo. Dia merupakan ahli ‘pangkat hitam’ sekaligus menjadikan lelaki itu antara individu paling ideal dalam pasaran tersebut. Kini, dia perlu mengatasi kegagalan perkahwinan pertama dan mengahwini wanita yang mampu membantunya.

netflix the bride of black

Jung Eugene pula ialah peguam dalam pasukan perundangan di sebuah syarikat besar bernama Jin Yoo-hee. Dia merupakan seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyertai kelas atasan.

Park Hoon akan menjayakan watak Cha Suk-jin iaitu seorang profesor yang mempunyai konflik dengan Choi Yoo-sun disebabkan oleh harta ayahnya yang banyak manakala Cha Ji-yeon membawa watak Choi Yoo-sun. Dia ialah CEO Rex, iaitu syarikat informasi perkahwinan untuk sesiapa yang dambakan kuasa dan wang.

Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisa perkahwinan komoditi.

Belum didedahkan tarikh tayangan spesifik, yang pastinya ia pastinya akan mendapat perhatian ramai apabila ditayangkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...