Ikuti Kami:

Ingin Bercium, Keletah Jung Kyungho & Yoo Yeonseok Di Anugerah MAMA Buat Peminat Terhibur

Ingin Bercium, Keletah Jung Kyungho & Yoo Yeonseok Di Anugerah MAMA Buat Peminat Terhibur

Jung Kyung-ho dan Yoo Yeon-seok sekali lagi telah membuktikan keakraban mereka.

Jung Kyung-ho dan Yoo Yeon-seok telah menghadiri anugerah MAMA sebagai penyampai anugerah pada 29 November. Pernah bekerjasama di dalam drama “Hospital Playlist”, kedua-dua pelakon ini telah menunjukkan keakraban mereka.

Kekal bersama dari awal acara sehingga habis, satu kelakuan kedua-dua pelakon ini telah tular di media sosial. Di mana, ketika itu pengacara telah meminta mereka untuk membuat gaya yang ‘mesra’ bersama-sama.

Secara spontan, kedua-dua pelakon ini telah membuat gaya seakan-akan ingin mencium satu sama lain, hanya untuk menjauhkan diri sebelum ianya benar-benar berlaku.

Perbuatan mereka itu telah membuatkan kesemua artis serta peminat yang berada di situ ketawa, malah ianya juga telah mengembalikan kenangan lama kedua-dua pelakon tersebut ketika berlakon di dalam drama “Hospital Playlist”.

Situasi ini menjadi semakin menghiburkan selepas peminat mendapati bahawa teman wanita Jung Kyung-ho, iaitu Soo-young GIRL’S GENERATION turut hadir di acara anugerah itu dan melihat situasi tersebut.

Dah macam cinta tiga segi dah ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...