Baju Terbelah Di Bahagian Dada, Sooyoung Tampil Seksi Tanpa Bra Di Anugerah MAMA
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Sebagai peminat, penampilan artis di majlis anugerah pastinya akan sentiasa dinanti-nantikan!
Pada 29 November, acara Mnet Asian Music Awards 2023 (MAMA) untuk hari kedua telah berlangsung di Jepun, dan dihadiri ramai kumpulan serta pelakon popular sebagai penyampai anugerah.
Khususnya, Soo-young SNSD turut dilihat hadir sebagai salah seorang penyampai anugerah dan meraih perhatian ramai dengan penampilan seksinya.
Di acara karpet merah, pelakon “Not Others” itu berjalan bak seorang model, dengan memakai gaun panjang bewarna turquoise, yang juga terbelah di bahagian dada.
Untuk pengetahuan, teman lelakinya iaitu Jung Kyung-ho turut hadir di acara yang sama dan ramai yang berseloroh berkata bahawa dia pastinya makin jatuh cinta selepas melihat kecantikan Soo-young.
Bila je Soo-young ni tak cantik, kan?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




