Ikuti Kami:

“Ingat Ex Ke?” – Ahli ‘RM’ Gurau Artis & CEO Sendiri Bercinta, Ramai Perasan Song Jihyo Tak Selesa?

“Ingat Ex Ke?” – Ahli ‘RM’ Gurau Artis & CEO Sendiri Bercinta, Ramai Perasan Song Jihyo Tak Selesa?

Ahli “Running Man” sememangnya terkenal kerana suka mengusik satu sama lain pada saban episod.

Dalam episod khas ‘Pewaris Kaya Mengamuk’ baru-baru ini, kesemua ahli membawa watak keluarga kaya diinspirasikan dari drama “Reborn Rich” yang memiliki saham dalam pelbagai syarikat.

Semasa Jeon So-min yang merupakan bos untuk agensi hiburan mahukan saham lebih, Haha bergurau bahawa dia sebenarnya bercinta dengan idola di bawah syarikat sendiri.

sbs running man

Tambah Yang Se-chan,

CEO bercinta dengan artis sendiri?

Meskipun hanya mendalami sketsa yang direka berdasarkan situasi itu, namun ada yang perasan bahawa Song Ji-hyo hanya menunduk dan tersenyum kekok mendengarkan gurauan mereka.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon wanita itu pernah mengakui hubungan cintanya bersama CEO agensi sendiri C-JeS Entertainment pada penghujung 2011 sebelum membawa haluan masing-masing pada 2015.

Komen peminat,

Saya berasa janggal menontonnya kerana bekas teman lelakinya ialah CEO agensi sendiri.

 

Ingat saya sahaja yang perasan.

 

Boleh nampak reaksinya..

Alaaa kisah lama kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...