Ikuti Kami:

“Ingat Dia Hebat Dalam Program Hiburan Saja?” – ‘Cleaning Up’ Ke ‘2037’, Lakonan Jun Somin Dipuji

“Ingat Dia Hebat Dalam Program Hiburan Saja?” – ‘Cleaning Up’ Ke ‘2037’, Lakonan Jun Somin Dipuji

Bukan sahaja hebat dalam program hiburan namun Jun So-min turut menjadi sebutan ramai kerana lakonan yang versatil.

Selepas mencipta sensasi dalam “Show Window: The Queen’s House” pada awal tahun ini, Jun So-min menyapa peminat menerusi drama “Cleaning Up” dan filem “2037”.

Bahkan dalam episod pertama JTBC itu, Jun So-min menampilkan personaliti yang pelbagai sebagai Ahn In-kyung, seorang pekerja pembersihan untuk Bestid Investment & Securities. Malah ekspresi gembira dan gementar dibawa dengan baik oleh wanita itu hingga membuatkan penonton tenggelam dengan jalan cerita drama ini.

jun somin cleaning up

Bukan itu sahaja, Jun So-min membawa watak berbeza sebagai Jang Mi dalam filem “2037” iaitu banduan yang dipenjarakan sebelum kesalahan curang dimusnahkan. Wataknya yang suka menghias diri selain gembira sentiasa membuatkan penonton terhibur melihatnya.

Dek pemilihan watak yang pelbagai ini, penonton mula menyedari bahawa Jun So-min ialah seorang pelakon yang berbakat meskipun aktif dalam program hiburan yang pelbagai seperti “Running Man” dan “The Sixth Sense”.

jun somin 2037

Hebat kan Jun So-min?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...