Ikuti Kami:

Episod Awal Raih Rating Baik, Drama Lakonan Jun Somin ‘Cleaning Up’ Bermula Dengan Pujian

Episod Awal Raih Rating Baik, Drama Lakonan Jun Somin ‘Cleaning Up’ Bermula Dengan Pujian

Selepas “Show Window” dan drama khas KBS, Jun So-min kembali dengan sebuah drama terbaru iaitu “Cleaning Up”.

Drama ini membawa kisah tiga orang pekerja pembersihan di sebuah syarikat pelaburan yang terdengar informasi orang dalam dan membuat keputusan untuk melabur.

Dalam episod awal ini, penonton di bawa melihat kehidupan sukar yang dilalui Eo Yong-mi (Yeom Jung-ah) di mana dia terpaksa hidup berhutang dek judi. Selepas terdengar satu informasi rahsia, dia meyakinkan adik paling rapat yang merupakan rakan sekerja iaitu Ahn In-kyung (Jun So-min) untuk bekerja bersama dalam ‘perang stok’ ini.

jun somin cleaning up

Dalam episod awal ini, “Cleaning Up” berjaya meraih rating biasa iaitu 2.7% dan sesikit menaik ke untuk episod kedua.

Penonton yang menonton episod awal ini telah meninggalkan komen positif mengenai plot dan lakonan pelakon utamanya.

jtbc cleaning up

Kata mereka,

Jun So-min dan Yeom Jung-ah sangat cantik.

 

Ianya lebih menarik dari naskhah asalnya.

 

Agak tenang namun menarik.

 

Ia sebuah drama yang dipenuhi pelakon berbakat.

 

Best!

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...