Kalau sebelum ini seorang influencer hijabi yang popular di Korea dikecam kerana tidak kisan menari tarian provokatif meskipun bertudung, nampaknya dia terpalit satu lagi gosip baru.

Kelmarin kecoh di Twitter apabila personaliti media sosial, Sabrina bertelagah dengan beberapa peminat STRAY KIDS apabila tersebar cerita di mana gadis itu keluar makan malam bersama dengan idola berkenaan. Namun yang menjadi perdenatan ramai ialah apabila Sabrina dikatakan mengejek loghat Bang Chan yang merupakan seorang warganegara Australia.
Tidak mendiamkan diri, gadis berkenaan menjawab beberapa tweet yang mengecamnya. Katanya, perbualan itu hanya bahan ketawa mereka malah Bang Chan kelihatan tidak kisah dengannya.
Dalam pada itu, Sabrina sempat memberi penjelasan pendek mengenai isu video BBC yang tular dahulu. Katanya, dia mengakui bahawa ada kesilapan yang dilakukan namun dia tidak dibenarkan untuk mengulas apa-apa mengenainya.
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.