Ikuti Kami:

“Saya Tak Susahkan Sesiapa” – Suka Menari K-Pop, Influencer Hijabi Malaysia Dikecam Pandang Enteng Hal Agama

“Saya Tak Susahkan Sesiapa” – Suka Menari K-Pop, Influencer Hijabi Malaysia Dikecam Pandang Enteng Hal Agama

Peminat K-Pop tempatan pastinya mengenali Sabrina Azhar iaitu seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial.

Meskipun merupakan seorang hijabi, ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun itu untuk memaparkan bakat menarinya buat tatapan semua. Bukan sahaja menari, malah Sabrina sudah pun bernaung di sebuah agensi hiburan di Korea bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Terbaru, gadis itu dilihat telah ditemu ramah oleh BBC bagi berkongsi cerita mengenai kisahnya sebagai seorang penari cover K-Pop berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sabrina Azhar (@jpbrinx)

Katanya,

Jika awak tanya segelintir orang, mereka akan berkata, ‘Oh, wanita Islam tak sepatutnya menari langsung, wanita tak sepatutnya menyanyi’. Tapi ada juga yang berkata, ‘Kita dalam alaf 21’. Sememangnya kita tak dibenarkan ‘twerk’ namun ada yang percaya, ‘Kita (wanita) tak sepatutnya muncul di media sosial langsung’. ‘Kami tak patut diobjektifikasi oleh lelaki apabila menari.’

Tambahnya lagi,

Bagi saya, selagi saya merasakan saya melakukan perkara yang betul dan saya tak menyusahkan sesiapa, jadi ia bukannya satu masalah.

Sabrina mengakui yang dia banyak menerima kecaman kerana menari sambil berhijab. Katanya, ramai menjangkakan seorang yang memakai hijab supaya menutup dirinya daripada tatapan orang lain,

Apabila mereka membayangkan seorang yang berhijab, mereka fikirkan ‘Awak perlu sembunyi, awak tidak boleh berbangga dengan diri sendiri’. Awak tahu kan maksud saya, di mana awak tak boleh berbangga dengan diri sendiri apabila berhijab. Saya suka berhijab dan saya suka menari, jadi saya gabungkan keduanya.

Gadis jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul ini juga mengatakan bahawa dia tidak boleh mengawal kata-kata orang lain namun dia mampu untuk mengawal bagaimana dia menerima pandangan itu. Jadi, dia memilih untuk membuat tidak endah dengan kata-kata negatif itu.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkannya di dalam dokumentari itu menerima kritikan ramai kerana sepertinya bercanggah dengan agama Islam.

sabrina bbc

Rata-rata netizen tidak kisah jika gadis berkenaan meneruskan hobinya itu namun berharap agar dia lebih berhati-hati apabila memberikan sebarang kenyataan kerana takut membawa maksud yang salah.

Dalam pada itu, Sabrina masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.

Apa pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...