Ikuti Kami:

Individu Tuduh Naeun APRIL Sebagai Pembuli Mohon Maaf & Akui Reka Cerita

Individu Tuduh Naeun APRIL Sebagai Pembuli Mohon Maaf & Akui Reka Cerita

Akhirnya, ada juga kemas kini terbaru mengenai dakwaan bahawa Na-eun APRIL merupakan seorang pembuli di sekolah.

Baru-baru ini, DSP Media mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai siasatan yang dilakukan mengenai tuduhan berkenaan.

Jelas agensi itu, ‘A’ yang mendakwa bahawa Na-eun merupakan seorang pembuli semasa di sekolah rendah telah membuat permohonan maaf selain mengaku bahawa cerita itu direka sahaja. Oleh itu, idola berkenaan memilih untuk membatalkan saman fitnah yang ditujukan buat ‘A’.

naeun april

Kenyataan penuh mereka:

Hello, ini ialah DSP Media.

Kami ingin memberitahu anda tentang kenyataan mengenai siasatan buli di sekolah melibat Na-eun APRIL dan hasilnya.

Pada Mac 2021, satu entri laman komuniti atas talian mendakwa Lee Na-eun terlibat dengan kes buli semasa di sekolah rendah.

Pun begitu, ini ialah khabar angin palsu dan DSP Media telah menfailkan saman ke atas orang pertama menuduh, ‘A’ atas kesalahan menfitnah.

Bagi membuktikan bahawa kandungan entri berkenaan adalah tidak benar, DSP Media mengumpulkan bukti secukupnya dan memberikannya kepada penyiasat. Selepas berbulan menyiasat, polis memutuskan bahawa ‘A’ bersalah kerana menfitnah; menyebarkan khabar angin palsu dan menyerahkan ‘A’ ke pihak pendakwaan untuk meneruskan hukuman.

‘A’ kemudiannya menghubungi DSP Media dengan niat untuk memohon maaf pada Lee Na-eun selepas muhasabah diri dan menghantar surat ditulis sendiri.

Dengan itu, Lee Na-eun memilih untuk menerima permohonan maaf ‘A’ dan akan menggugurkan tuduhan terhadapnya.

Kami gembira untuk menyampaikan berita ini buat peminat yang sekian lama menanti selain terus menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Tambahan lagi, DSP Media sekali lagi menegaskan bahawa semua aktiviti yang melibatkan penyebaran maklumat palsu serta khabar angin palsu akan dilayan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

Terima kasih.

surat naeun

Surat permohonan maaf ‘A’

Sebelum ini, dakwaan berkenaan menyebabkan Na-eun terpaksa menghentikan jadual seninya termasuklah menarik diri daripada membuat kemunculan dalam drama “Taxi Driver”.

Harap Na-eun akan kembali aktif selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...