Ikuti Kami:

Penggambaran Dah 60% Selesai, Naeun APRIL Sah Digugurkan Dari Drama ‘Taxi Driver’ Lepas Dituduh Buli

Penggambaran Dah 60% Selesai, Naeun APRIL Sah Digugurkan Dari Drama ‘Taxi Driver’ Lepas Dituduh Buli

Dalm banyak-banyak kes buli yang membanjiri dunia hiburan Korea baru-baru ini, ramai yang nampaknya mengikuti kisah bekas idola yang mendedahkan bahawa dia dibuli oleh rakan kumpulannya iaitu APRIL.

Pada awalnya, seorang individu yang mendakwa dirinya ialah adik lelaki kepada Hyun-joo menulis entri panjang yang menceritakan kakaknya semasa aktif sebagai anggota APRIL. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi dakwaan yang dibuat terhadap ahli lain selain Na-eun yang turut dituduh membuli semasa berada di sekolah menengah rendah.

Walaupun agensi mereka sudah menepis semua dakwaan dan mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang meninggalkan komen buruk dan informasi salah, namun masih ramai lagi yang menyelar Na-eun serta ahli APRIL yang lain.

lee naeun digugurkan dari taxi driver

Bukan sahaja gambarnya dipadam daripada papan iklan dan iklan televisyen malah Na-eun juga disahkan telah digugurkan daripada drama “Taxi Driver” yang kini sedang sibuk dengan penggambaran.

Hello ini ialah Studio S, syarikat produksi untuk drama Jumaat-Sabtu SBS iaitu ‘Taxi Driver’.

Selepas berbincang dengan agensi Na-eun yang memainkan antara watak penting dalam drama ini, pihak produksi ‘Taxi Driver’ memutuskan untuk menggantikan wataknya.

Kami meminta anda memahami kenyataan ini yang dikeluarkan dengan sedikit lambat memandangkan kami perlu memerhatikan sentimen awam mengenai situasi ini selain mencari pelakon baru.

Penggambaran drama ‘Taxi Driver’ sudah pun 60% selesai. Kesemua babak yang menampilkan Na-eun akan dirakam semula dengan penampilan pelakon baru nanti.

Studio S dan pasukan produksi ‘Taxi Driver’ akan terus melakukan yang terbaik sehingga ke akhirnya bagi menghasilkan drama yang hebat. Terima kasih.

lee naeun digugurkan dari taxi driver

Untuk pengetahuan anda, “Taxi Driver” membawa kisah mengenai sebuah perkhidmatan teksi misteri iaitu ‘Rainbow Taxi’ di mana mereka membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak mendapat keadilan daripada undang-undang. Ianya dibintangi oleh Lee Je-hoon, Esom dan Kim Eui-sung. Manakala watak Na-eun pula ialah Go-eun iaitu seorang penggodan di ‘Rainbow Taxi’.

Banyak betul drama yang terjejas dek pendedahan pelbagai kes buli melibatkan ramai pelakon dan juga idola baru-baru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...