Selepas beberapa tuduhan buli, nama Nam Joo-hyuk sekali lagi disebut dalam satu lagi pertuduhan buli.
Pada 6 Julai, satu saluran media melaporkan bahawa mereka mendapat bukti daripada individu ketiga, seorang perempuan, di mana Nam Joo-hyuk dan rakan-rakannya membuli dan menyerang secara seksual ketika tahun ketiga sekolah menengah.
Individu ketiga berkongsi mesej dari ruang sembang Kakaotalk dari 10 Mei, 2012 mengatakan yang dia dijemput secara paksa untuk memasuki ruang sembang ini dan dibuli kerana rakan Nam Joo-hyuk tak sukakannya. Dari bentuk membuli dikenali sebagai ‘penjara KakaoTalk’ di Korea, nam Joo-hyuk dan rakan-rakannya bergilir-gilir menghantar komen berbentuk serangan seksual, komen menghina wajahnya dan cacian seksual.
Kata saluran media itu, walaupun bukan Nam Joo-hyuk yang mencipta ruang sembang itu, namun mesej yang dipaparkan membuktikan bahawa dia turut sama menghina individu berkenaan dan terlibat sama dalam perbualan berkenaan.
Individu ketiga mendedahkan bahawa dia melaporkan insiden berkenaan kepada sekolah pada ketika itu dan pesalah telah dihukum untuk menjalani khimat komuniti di sekolah. Katanya, pada ketika itu, pesalah hanya memohon maaf baru-baru ini selepas 10 tahun kejadian itu apabila dia membuat keputusan untuk ke depan bersama cerita ini.
Tak lama kemudian, agensi Nam Joo-hyuk tampil memberikan kenyataan rasmi,
Kami membuat kenyataan mengenai artikel melibatkan Nam Joo-hyuk.
Pertama sekali, berkaitan kandungan laporan individu kedua, kami menyemak kebenaran dari pelbagai sudut menerusi banyak saluran termasuklah, semestinya, pelakon itu sendiri. Kami menegaskan di mana kami mengesahkan sebenarnya bahawa tuduhan yang dibuat individu kedua adalah tidak benar.
Kedua, artikel hari ini berkaitan mesej yang dihantar di dalam ruang sembang KakaoTalk tidak mendedahkan cerita sebenar situasi ketika itu dan ia hanya berkongsi petikan dari serpihan situasi itu, tanpa penjelasan atau konteks apa yang terjadi sebelum dan selepas mesej berkenaan. Tambahan lagi, adalah tidak benar di mana pelakon itu cuba untuk memohon maaf kepada individu berkenaan.
Apa yang terjadi dalam ruang sembang KakaoTalk adalah rumit dan merupakan hal peribadi untuk individu dalam ruang sembang itu. Seperti yang disebut dalam artikel, ia juga merupakan insiden yang ditutup dengan permohonan maaf di sekolah. Oleh itu, kami tidak percaya bahawa kami ada hak untuk mendedahkan cerita penuh kepada media. Kebenaran cerita ini akan disahkan menerusi proses perundangan. Tambahan pula, kami menyampaikan rasa kesal buat saluran media yang menerbitkan laporan tanpa menyemak kebenaran bersama kami terlebih dahulu.
Management SOOP kemudiannya meluahkan rasa kecewa kerana ramai yang mempercayai khabar angin itu tanpa menyemak kebenaran. Hal ini menyebabkan bebanan buat pelakon tersebut.
Macam-macam…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.