Ikuti Kami:

“Dia Pelajar Contoh” – Beberapa Pelajar & Guru Tampil Beri Kenyataan Pertahankan Nam Joohyuk

“Dia Pelajar Contoh” – Beberapa Pelajar & Guru Tampil Beri Kenyataan Pertahankan Nam Joohyuk

Rakan kelas dan juga guru sekolah, semuanya mempertahankan Nam Joo-hyuk bahkan mengatakan bahawa dia merupakan seorang pelajar contoh. Hm…celah mana kuat bulinya…

Kenyataan diatas merupakan jawapan kepada isu yang kecoh baru-baru ini apabila Nam Joo-hyuk dikatakan membuli beberapa orang pelajar lain di sekolahnya dahulu.

Namun, terbaru pihak media Dispatch telah meneliti dengan lebih dalam isu ini malah mereka turut menemu bual hampir 20 orang pelajar dan beberapa orang guru di sekolah Nam Joo-hyuk dahulu. nam joohyukWalaupun begitu banyak dakwaan yang dilemparkan, akhirnya isu itu kian terungkai selepas sesi temu bual tersebut. Malah, isu ini turut dikendalikan oleh Jawatan Tertinggi Sekolah dan mereka menyatakan bahawa isu buli hanya akan dikira sebagai kesalahan yang sahih jika terdapat bukti yang jelas seperti rekod pemeriksaan dari hospital.

Pun begitu, bukti yang dinyatakan oleh ‘mangsa’ hanyalah sekadar gambar di dalam majalah tahunan sekolah yang mana tidak menjadikan ianya sebagai satu bukti kukuh. Jadi, tuntutan yang dibuat oleh ‘mangsa’ diperiksa dengan lebih teliti.

Setelah temu bual bersama hampir 20 orang pelajar, ini merupakan beberapa kenyataan daripada mereka yang menidakkan dakwaan bahawa Nam Joo-hyuk adalah seorang pembuli.

Sekolah kami ada beberapa hukuman kepada pesalah laku. Ianya sememangnya tegas. Tidak pernah wujud pun mana-mana kumpulan pembuli di sekolah. Apa jenis kawan yang akan membuli seseorang tanpa henti? Kalau pihak guru mengetahui tentang kes buli itu, pasti kecoh satu sekolah. 

nam joohyuk

Tiada lansung budaya membuli di sekolah itu. Ia merupakan satu sekolah di mana jika ada pembuli, dia akan dilayan dan dipandang pelik sehingga dia akan terus berasa janggal. Alumni sekolah ini juga ada yang meminta kami untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk membantu siasatan. 

Nam Joo-hyuk bukan sejenis yang akan menyakiti orang lain. Dia suka bersukan. Dia bahkan hanya akan ketawa jika ada guru atau rakan yang menyakat atau bergurau dengannya. Dia mempunyai personaliti yang baik. Sebab itu ramai yang menyukainya.

Kenyataan daripada beberapa orang pelajar dan guru tersebut sememangnya membantu siasatan pihak polis untuk merungkai perkara yang sebenar.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...