Ikuti Kami:

Individu Lain Kongsi Pernah Jadi Mangsa Buli, Agensi Nam Joohyuk Beri Respon

Individu Lain Kongsi Pernah Jadi Mangsa Buli, Agensi Nam Joohyuk Beri Respon

Ingatkan sudah reda namun satu lagi dakwaan mengenai isu Nam Joo-hyuk membuli sewaktu di sekolah timbul baru-baru ini.

Minggu lalu, seorang individu ‘B’ mendakwa pernah dibuli pelakon itu semasa di sekolah dan menceritakan insiden itu pada sebuah saluran media. Pun begitu, agensinya iaitu Management SOOP menegaskan bahawa ianya palsu dan bertindak menfailkan saman terhadap wartawan, individu ‘B’ dan saluran media berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada 28 Jun, satu lagi saluran media melaporkan sebuah temubual bersama individu lain ‘A’ yang pernah bersekolah bersama Nam Joo-hyuk dan turut mengatakan bahawa dia merupakan mangsa buli pelakon tersebut dan rakan-rakannya. Penuduh terbaru ini yang tidak pernah menceritakan hal berkenaan kepada mana-mana saluran media atau memuat naik mengenai insiden itu secara atas talian menyatakan bahawa dia memilih untuk tampil ke hadapan selepas melihat rakan sekelas ‘B’ dituduh menipu dan disaman agensi lelaki berkenaan.

‘A’ menuduh antara cara dia dibuli ialah dengan disuruh melakukan pelbagai benda selain dipaksa Nam Joo-hyuk untuk membuka hotspot data telefon pintar mereka dan selalu menggunakan telefon berkenaan untuk membeli permainan berbayar dan barangan dalam permainan itu.

Ketika di sekolah, Nam Joo-hyuk memegang telefon bimbit saya lebih kerap dari saya sendiri.

nam joohyuk

Katanya lagi,

Disebabkan ibu bapa saya yang membayar (permainan dan barangan dalam permainan) yang dibeli menerusi telefon bikbit saya, saya meminta dia duit untuk membayarnya. Tapi jawabnya, ‘Kenapa saya perlu bayar?’. Akhirnya, dia tak pernah membayarnya langsung.

‘A’ turut mendakwa bahawa sekiranya mereka menolak permintaan Nam Joo-hyuk atau melakukan perkara yang menyebalkannya, pelakon dan kumpulan rakannya akan membuat bulatan sekeliling mereka dan memaksa orang yang dipilih mereka untuk berlawan sesama sendiri. Disebabkan ‘A’ tidak mahu bergaduh, dia memilih untuk dibelasah tanpa membalas apabila menghadapi situasi itu.

Pun begitu, agensi Nam Joo-hyuk dengan pantas memberi respon mengenai dakwaan terbaru ini. Kata mereka,

Kami sudah mengesahkan yang ianya tidak berasas.

Macam-macam..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...