Ikuti Kami:

Meski Disaman, Individu Tidak Mahu Tarik Dakwaan Nam Joohyuk Membuli

Meski Disaman, Individu Tidak Mahu Tarik Dakwaan Nam Joohyuk Membuli

Sepertinya masih hangat lagi kisah Nam Joo-hyuk yang dituduh membuli semasa di zaman persekolahan/

Baru-baru ini, wakil pelakon itu telah pun menfailkan saman terhadap wartawan dan CEO saluran media serta pemberi maklumat yang membuat laporan awal mengenai kisahnya membuli dahulu.

Selepas disaman, individu berkenaan membetulkan kenyataan dan mengatakan bahawa dia menyaksikan Nam Joo-hyuk membuli dan dia bukanlah mangsanya. Saluran media yang melaporkan dakwaan itu juga mengubah laporan tersebut dan menjelaskan bahawa hal itu berlaku selama 2 tahun dan mangsa merupakan rakan kepada pemberi maklumat ini.

nam joohyuk

Kata mereka,

Kami tidak mempunyai niat untuk membawa turun artikel berkenaan. Agensi Nam Joo-hyuk membuat tawaran untuk membatalkan saman itu sekiranya kami mengeluarkan artikel yang dibetulkan namun info yang diberikan individu berkenaan sangatlah tepat dan terperinci. Kami tak merasakan bahawa ia tidak berasas. Terdapat sedikit gangguan kerana pemberi maklumat mempunyai ADHD tapi dia mengatakan bahawa Nam Joo-hyuk menyuruhnya membeli makanan, memotong barisan serta memakinya.

Dalam pada itu, agensi Nam Joo-hyuk mengeluarkan kenyataan rasmi di mana mereka telah pun mengesahkan dengan pelakon itu sendiri bahawa tuduhan buli itu adalah tidak benar.

Apa kata anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...