Ikuti Kami:

Individu Berbeza Pendirian Cinta, ‘Understanding Of Love’ Bakal Tayang Tahun Ini

Individu Berbeza Pendirian Cinta, ‘Understanding Of Love’ Bakal Tayang Tahun Ini

Korang teruja tak nak tengok gandingan pertama kali antara Yoo Yeon-seok dan Moon Ga-young?

“Understanding Of Love” ialah kisah melodrama mengenai individu berlainan keinginan bertemu dan mula memahami erti sebenar cinta. Hubungan empat wanita dan lelaki dengan perspektif berbeza mengenai emosi cinta dilukis dengan indah menerusi siri ini.

Yoo Yeon-seok bakal melakonkan watak Ha Sang-soo di mana sel romantik yang berbunga-bunga meski berada dalam suasana bank yang sibuk. Manakala Moon Ga-young akan membawa watak Ahn Soo-young yang merasakan cinta seperti istana pasir di pantai yang tidak pasti bila runtuhnya.

jtbc understanding of love

Geum Sae-rok pula bertanggungjawab menghidupkan watak Park Mi-kyung yang mempunyai deria hebat dan Watak Jeong Jong-hyun akan dilakokan oleh Jung Ga-ram di mana dia merupakan seorang lelaki muda naif yang tidak berputus asa untuk mengejar mimpi meskipun berada dalam situasi sukar.

Khabarnya, “Understanding Of Love” akan mula bersiaran pada separuh kedua tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...