Ikuti Kami:

“Bukan Mudah…” – Yoo Yeonseok Ulas Kemungkinan ‘Hospital Playlist 3’ Dihasilkan

“Bukan Mudah…” – Yoo Yeonseok Ulas Kemungkinan ‘Hospital Playlist 3’ Dihasilkan

Sudah pasti ramai yang menantikan sambungan “Hospital Playlist” kan?

Terbaru, Yoo Yeon-seok yang merupakan antara pelakon utamanya telah menyertai sebuah temubual untuk filem terbaru “The Vanishing”.

Semas temubual itu, dia turut ditanya mengenai kemungkinan musim ketiga “Hospital Playlist” ditayangkan nanti,

Kalau ada musim ketiga, sudah pasti saya mahu muncul namun ia bukanlah proses yang mudah. Disebabkan pelakon yang membawa watak doktor pelatih dan resident sudah pun membesar menjadi pelakon utama, agak sukar untuk semua berkumpul semula bagi menghasilkan musim ketiga.

tvn hospital playlist

Namun Yoo Yeon-seok menyatakan bahawa pasti seronok sekiranya dapoat melakukannya.

Semua orang memujuk pengarah Shin Won-ho untuk menghasilkannya namun saya tahu tiada rancangan lagi.

Untuk pengetahuan, Yoo Yeon-seok membawa watak Ahn Jeong-won iaitu seorang doktor pediatrik penyayang dan baik dengan semua orang.

yoo yeonseok

Nampaknya kena tunggu lama lagi lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...