Ikuti Kami:

Impak ‘The Glory’, Song Hyekyo Cipta Rekod Baru ‘Ini’ Di Laman Instagram Peribadinya

Impak ‘The Glory’, Song Hyekyo Cipta Rekod Baru ‘Ini’ Di Laman Instagram Peribadinya

Selepas muncul  dalam “The Glory”, Song Hye-kyo nampaknya semakin meraih populariti kini.

Terbaru pada 21 Januari, Song Hye-kyo telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagram miliknya, untuk jenama fesyen MICHAA.

Menerusi gambar yang dikongsi, pelakon itu tampil menawan dengan menggayakan pelbagai jenis pakaian, termasuk gaun panjang dan jaket denim hitam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Apa yang menakjubkan, hanya selepas satu jam Song Hye-kyo menyiarkan gambar tersebut, ia telah berjaya meraih lebih 130,000 sukaan, merupakan rekod terpantas setakat ini untuk foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal disiarkan pada 10 Mac nanti di Netflix. Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...