Ikuti Kami:

Song Hyekyo Dedah Tidak Mahu Jadi Song Hyekyo Jika Dilahirkan Semula

Song Hyekyo Dedah Tidak Mahu Jadi Song Hyekyo Jika Dilahirkan Semula

Selepas “The Glory”, pasti ramai yang menantikan kandungan baru dari Song Hye-kyo, kan?

Terbaru, Song Hye-kyo telah tampil dalam video di saluran YouTube ELLE Korea, di mana pelakon itu menjawab beberapa soalan dari peminat.

Pertama sekali, ada peminat yang bertanya tentang bagaimana dia menghilangkan tekanan. Song Hye-kyo berkongsi,

Semua kawan saya mempunyai anak anjing jadi, kami semua pergi ke kotej anak anjing, minum segelas wain dan berborak, mendengar muzik serta menikmati alam semula jadi. Saya menghilangkan tekanan saya seperti itu.

Jelasnya lagi,

Memandangkan saya semakin dewasa, saya tidak suka tempat yang bising. Saya paling suka bercakap hanya di satu tempat.

Kemudian, ada juga soalan yang berbunyi,

Adakah awak mahu dilahirkan sebagai Song Hye-kyo jika awak dilahirkan semula?

Respon pelakon “The Glory” itu,

Tidak! Saya dah pernah hidup sebagai Song Hye-kyo suatu ketika dahulu jadi, saya mahu dilahirkan sebagai seseorang yang berbeza.

Cantiknya Song Hye-kyo dalam video ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...