Ikuti Kami:

Impak ‘The Glory’, Park Sunghoon Dilapor Beli Apartmen Bernilai Lebih RM6 Juta

Impak ‘The Glory’, Park Sunghoon Dilapor Beli Apartmen Bernilai Lebih RM6 Juta

Betul la orang cakap, rezeki memang tak pernah salah alamat.

Begitu juga buat Park Sung-hoon yang semakin meraih pendapatan tinggi selepas berjaya mendapat populariti menerusi “The Glory”.

Terbaru menurut laporan pada 20 Disember, Park Sung-hoon telah membeli sebuah apartmen yang terletak di Geumho-dong, Seongdong-gu, dengan harga pasaran dianggarkan mencecah 1.8 hingga 1.9 bilion won (RM6,807,636).

Untuk pengetahuan, Geumho-dong ialah kawasan tempat tinggal ramai selebriti popular termasuk Namgoong Min, Yoo Seung-ho, Jung Kyung-ho, Lee Kwang-soo dan ramai lagi.

park sunghoon

Namun mengenai ini, agensi pelakon lelaki itu memberitahu,

Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan secara rasmi mengenai pembelian apartmen Park Sung-hoon, kerana ia adalah perkara peribadi untuk pelakon itu.

Mesti cantik kan rumah Park Sung-hoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...