Ikuti Kami:

Impak Luar Biasa! Beg Tangan Cecah RM40 Ribu Terus Habis Dijual Selepas Lisa BP Pakai

Impak Luar Biasa! Beg Tangan Cecah RM40 Ribu Terus Habis Dijual Selepas Lisa BP Pakai

Antara idola wanita paling popular di seluruh dunia, apa sahaja yang dilakukan Lisa BLACKPINK pastinya akan mendapat perhatian.

Baru-baru ini, Lisa telah mengejutkan orang ramai dengan kehadirannya di pertunjukan fesyen untuk jenama mewah Louis Vuitton, yang diadakan di Paris.

Setibanya penyanyi “Lalisa” itu di acara tersebut, ratusan peminat dan wartawan terus bersorak dan ingin berpeluang untuk melihat sekilas pandang idola itu.

Nampak cantik dan menawan, Lisa telah menggayakan seluar pendek hitam dan baju crop top di bahagian dalam, dipadankan dengan jaket panjang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLACKPINK FANBASE (@newsforblink)

Untuk melengkapkan lagi penampilannya, wanita itu turut memegang beg tangan yang berbentuk seperti kamera oleh jenama tersebut, meraih perhatian ramai.

Bukti impaknya yang luar biasa, beg tangan yang dipegang Lisa itu terus habis dijual, tidak lama selepas pertunjukan fesyen itu bermula.

Dengan harganya yang mencecah sehingga RM48,000, netizen tetap ingin membelinya demi mempunyai item yang sama seperti Lisa.

Fuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...