“Dia ‘Hot’!” – Baju Jarang, Outfit Seksi Lisa BP Di Konsert Taylor Swift Raih Perhatian
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Bukan sahaja seorang idola yang berbakat dan cantik, gaya fesyen Lisa BLACKPINK juga sentiasa meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Lisa dilihat telah menghadiri konsert Taylor Swift ‘The Eras Tour’ di Singapura, sebagai salah seorang tetamu yang dijemput oleh artis itu sendiri.
Sebelum konsert itu bermula, peminat rata-rata sudah ‘obses’ dengan outfit serba hitam yang digayakan Lisa dan terus memuji kecantikan wanita tersebut.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Lisa memakai kasut boots dan skirt pendek hitam, digayakan dengan baju yang jarang mendedahkan pakaian dalamnya.
Puji peminat,
Wow outfit itu Cik Lalisa?! Hot!
Outfitnya, solekannya, semuanya sempurna.
Sangat cantik Lisa unnie 😽🫶🏻🖤💛🔥
Kecantikannya sangat menakjubkan apabila saya melihatnya di Singapura.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




