Ikuti Kami:

Penggambaran Di Thailand, Lisa BP Akan Debut Sebagai Pelakon Dalam Siri Amerika ‘The White Lotus’

Penggambaran Di Thailand, Lisa BP Akan Debut Sebagai Pelakon Dalam Siri Amerika ‘The White Lotus’

Selepas membuka syarikat sendiri, Lisa BLACKPINK akan mengembangkan kerjayanya dalam dunia lakonan!

Terbaru, Lalisa Manobal atau lebih dikenali sebagai Lisa, telah diumumkan sebagai salah seorang pelakon untuk musim ketiga siri HBO “The White Lotus”. Drama ini dijangka akan memulakan penggambaran di sekitar Koh Samui, Phuket dan Bangkok pada bulan Februari ini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsi setakat ini mengenai watak yang akan dibawa penyanyi lagu “Money” itu.

Untuk pengetahuan, “The White Loutus” adalah siri Amerika yang mengikuti tetamu dan pekerja di pusat peranginan ‘White Lotus’, yang penuh dengan rahsia gelap dan kebenaran tentang tetamu dan kakitangan, yang sepatutnya menjadi percutian santai.

Sama-sama kita nantikan info mengenai siri ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...