“Sudden Shower” telah berjaya mencipta rekod baru.
Menurut carta terkini yang dikeluarkan oleh Billboard, “Sudden Shower” telah berjaya menduduki tempat ke 199 dalam Carta Global 200.
Carta Global 200 merupakan carta yang dipilih berdasarkan penstriman dan jualan muzik dari lebih 200 wilayah di seluruh dunia dan ianya sukar untuk mana-mana OST drama memasuki dan menduduki carta tersebut. Kejayaan luar biasa ini juga telah mengejutkan Byun Woo-seok.
#Eclipse‘s <Sudden Shower> has entered top 200 on the Billboard Global chart
It ranked at 199! pic.twitter.com/IIXnEXt5r5
— ً (@wooseokfiles) June 4, 2024
Selain dari memasuki carta Billboard, lagu nyanyian Byun Woo-seok itu juga turut mendahului carta tertinggi domestik di mana ianya berjaya meraih tempat ke-4 dalam Carta 100 Teratas Melon, sekaligus bertanding dengan kumpulan-kumpulan terkenal seperti aespa dan NewJeans.
Tahniah buat ECLIPSE dan Byun Woo-seok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.