Byun Woo-seok akan mengadakan konsert perjumpaan peminat di beberapa buah tempat di sekitar Asia.
Terbaru, tiket konsert perjumpaan peminat Byun Woo-seok di Seoul sudah mula dijual pada 27 Mei yang lalu.
Konsert yang akan diadakan pada 6 dan 7 Julai di Jangchung Arena, Seoul itu hanya mampu menampung sebanyak 4,500 sehingga 5,500 orang peminat sahaja sehari menjadikan jumlah bilangan tiket yang akan dijual ialah sebanyak 10 ribu tiket sahaja.
Seperti yang dijangka, proses untuk mendapatkan tiket itu menjadi persaingan yang sengit dengan lebih 700 ribu orang pengguna menunggu giliran untuk mendapatkan tiket sebaik sahaja tempahan dibuka.
Malah, peminat serta netizen turut mengadu di media sosial dan meluahkan betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan sekeping tiket untuk berjumpa dengan pelakon utama “Lovely Runner” itu.
변우석 팬미팅 살다살다이딴숫자처음봄 pic.twitter.com/UzOTg2VAAI
— 🍀 (@mwmwmw332) May 27, 2024
Tidak berhenti di situ, tiket perjumpaan peminatnya di tempat-tempat lain seperti Bangkok, Singapura dan Jakarta juga telah habis dijual sepenuhnya kurang dari satu jam selepas tempahan tiket dibuka.
Byun Woo-seok kalau datang Malaysia ni kena buat dekat Axiata Arena bagi semua dapat pergi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.