BLACKPINK memang tidak dinafikan antara kumpulan K-Pop wanita yang paling popular dan banyak memberikan impak hebat kini.
Terbaru menurut Ketua Penyelidik Circle Chart, perkadaran penggunaan bahasa Inggeris dalam lirik lagu kumpulan gadis menunjukkan peningkatan sebanyak 18.9% pada tahun ini.
Menurut carta, (G)I-DLE mempunyai lirik lagu bahasa Inggeris terbesar pada separuh pertama tahun ini mencecah 53.6%. Kemudian diikuti dengan LE SSERAFIM sebanyak 50.6%, BLACKPINK 50%, NMIXX 49.3% dan NewJeans 48.4%.
Dengan ini, penyelidik Kim menjelaskan bahawa perkara ini berlaku selepas BLACKPINK yang juga mempunyai banyak lagu dengan lirik bahasa Inggeris, mula meraih populariti di pasaran global.
Selepas kejayaan global BLACKPINK, pasaran domestik untuk kumpulan gadis berkembang di luar negara dan perkadaran bahasa Inggeris semakin meningkat. Melihat setiap kumpulan, semakin ramai pengguna di luar negara, semakin tinggi kadar penggunaan bahasa Inggeris.
Sementara itu, seperti kumpulan wanita, kumpulan lelaki juga dilihat semakin kerap menggunakan lirik bahasa Inggeris, tetapi kadar peningkatannya lebih rendah.
Komen netizen mengenai hal ini,
Berhenti memanggilnya K-Pop pada ketika ini.
Tetapi lagu BLACKPINK awal-awal dulu mengandungi banyak bahasa Korea, seperti ‘Whistle’, ‘Playing with Fire’ dan banyak lagi.
Semakin banyak lagu bahasa Inggeris, semakin saya kurang mendengarnya.
Lagu ‘Hype Boy’ ada banyak bahasa Inggeris tetapi ada ramai juga orang Korea mendengarnya.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.