Ikuti Kami:

“Imej Rosak..” – Isu Percintaan Bersama Ryu Junyeol Dikritik, Han Sohee Balas Banyak Komen Netizen

“Imej Rosak..” – Isu Percintaan Bersama Ryu Junyeol Dikritik, Han Sohee Balas Banyak Komen Netizen

Teraplit dengan respon buruk selepas mengakui hubungan dengan Ryu Jun-yeol, Han So-hee dilihat telah berkomunikasi dengan netizen.

Menerusi blog peribadinya, pelakon wanita itu dilihat membalas beberapa komen pada entri di mana dia mengakui hubungan itu. Pada komen yang mengatakan ‘imejnya buruk’ kini. jawab Han So-hee,

Saya sedih kerana imej itu ialah persona berharga yang direka peminat dan orang lain, dan bukannya saya tapi saya dengan rendah menerimanya walaupun imej itu sudah pun rosak kerana insiden ini.

Buat netizen yang mengkritik Han So-hee kerana mendedahkan tarikh pasangan Hyeri dan Ryu Jun-yeol putus tanpa mengambil kira perasaan mereka, balasnya,

Saya tak mendengar hal perpisahan itu secara peribadi namun saya menulisnya berdasarkan artikel pada Jun tahun lalu. Kalau ianya biadap, saya akan memadamnya. Ia adalah bukti bahawa saya tak mengambil alih hubungan itu (transit) dan saya juga merasakan  agak kurang ajar apabila perkataan itu digunakan.

han sohee blog

Buat netizen yang menyokong dan meminta wanita itu tak terlalu terasa hati, jawabnya,

Ya, saya rasa sikap saya terlalu melulu. Saya bertindak tanpa berfikir kerana saya merasa setiap tindakan saya dipandang buruk dek isu ‘transit’ hubungan dan pelbagai perkataan kunci yang melekat padanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen lain meminta Han So-hee supaya tidak memberikan repson yang berlebihan kerana risau ianya akan menjadi lebih besar. Malah ada yang meminta dia supaya menyelesaikan hal berkenaan secara peribadi dengan pihak yang terlibat sahaja.

Entah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...