Ikuti Kami:

“Dia Bohong” – Banyak Bukti Bercanggah, Ryu Junyeol Dituduh Permain Hyeri & Han Sohee?

“Dia Bohong” – Banyak Bukti Bercanggah, Ryu Junyeol Dituduh Permain Hyeri & Han Sohee?

Meskipun jalinan hubungan biasanya disambut dengan ucapan tahniah, namun lain pula respon buat pengakuan cinta antara Ryu Jun-yeol dan Han So-hee.

Awalnya menafikan, namun kedua mereka akhirnya mengakui hubungan itu dan mengatakan bahawa mereka mula bercinta sedari awal tahun ini. Tapi ramai terus menimbulkan spekulasi memandangkan garis masa yang agak meragukan di antara perpisahan Hyeri dan Ryu Jun-yeol sebelum permulaan hubungan baru ini.

Ulas peminat, agak pelik apabila Han So-hee mengatakan dalam kenyataan darinya bahawa dia mengetahui hubungan Hyeri dan Ryu Jun-yeol tamat pada awal 2023. Walhal pasangan itu dilihat masih lagi memakai casing telefon bimbit yang sama sehingga Disember 2023.

hyeri ryu junyeol

Bukan itu sahaja, Hyeri dan Ryu Jun-yeol pernah dilapor putus cinta sekitar Ogos 2023 namun khabar angin itu dinafikan serta-merta oleh agensi keduanya di mana mereka dikatakan masih lagi berhubungan dengan baik.

Oleh itu, kesemua bukti ini bercanggah dengan luahan Han So-hee yang mengatakan kedua mereka sudah berpisah pada awal 2023. Tulis seorang peminat,

Unni, Ryu Jun-yeol muat naik foto bersama casing telefon bimbit couple bersama Hyeri di IG pada November lalu. Betul ke apa yang dikatakan teman lelaki awak? Apa-apa je.. Kalau benar apa yang awak cakap di mana mereka putus awal 2023, kenapa mereka keluarkan kenyataan pembetulan artikel pada Ogos 2023 yang mana hubungan mereka baik sahaja. Saya tak cakap awak yang bohong tapi saya khuatir sama ada Ryu Jun-yeol yang menipu. Saya harap awak bercinta dengan orang yang jujur dan tak suka berbohong.

han sohee

Kebetulan yang memeningkan.. harap masing-masin bahagia..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...