Ikuti Kami:

Im Siwan Kembali, Drama ‘Boyhood’ Sah Ditayangkan November Ini

Im Siwan Kembali, Drama ‘Boyhood’ Sah Ditayangkan November Ini

Im Si-wan akan kembali ke kaca TV November ini!

Drama terbaru “Boyhood” telah disahkan bakal ditayangkan pada akhir November ini malah video teaser kedua drama ini juga telah dikeluarkan.

Drama “Boyhood” itu bakal menunjukkan pelbagai ragam serta keunikan penduduk setempat yang berlatarbelakangkan Sekolah Menengah Pertanian Buyeo di Wilayah Chungcheong pada tahun 1980-an.

Di mana, watak utama iaitu Byung-tae yang dilakonkan oleh Im Si-wan merupakan seorang lelaki pengecut yang tiba-tiba berubah 180 darjah menjadi lelaki yang paling disegani dan dihormati di Buyeo dalam tempoh satu malam.

im siwan

Im Si-wan sekali lagi telah membuktikan kehebatan lakonannya yang luar biasa apabila dia berjaya membawa watak seorang lelaki yang pemalu dan dalam masa yang sama bertukar menjadi seorang lelaki berani serta tegas dalam memberi arahan.

Selain itu, drama yang mengandungi unsur komedi ini juga bakal menunjukkan sisi baru Wilayah Chungcheong dan drama ini juga dijangka bakal membawa penonton ke tahap keseronokan yang tidak terhingga.

Wah! Tak sabarnya nak tunggu drama ni keluar nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...