Ikuti Kami:

Ikuti Perjalanan 18 Tahun Penuh Suka & Duka, Tonton ‘Super Junior: The Last Man Standing’ Di Disney+ Kini

Ikuti Perjalanan 18 Tahun Penuh Suka & Duka, Tonton ‘Super Junior: The Last Man Standing’ Di Disney+ Kini

Sejauh mana pun ada yang menafikan Super Junior sebagai antara pemangkin kepada Gelombang Hallyu, tetapi kumpulan ‘legenda’ itu layak digelar sebagai ‘Raja K-Pop’ atas sumbangan mereka.

Menerusi sidang media rasmi bersama ahlinya iaitu Lee Teuk dan Ryeowook, mereka berkongsi pelbagai cerita bagi menyambut tayangan perdana dokumentari “Super Junior: The Mast Man Standing” di Disney+.

Tiada istilah rehat

17 tahun berlari di dalam industri yang menuh onak dan duri, ketua kumpulan itu berkongsi bahawa kejituan mereka untuk bekerja keras dan terus bersama merupakan tonggak utama kepada keutuhan Super Junior.

Kami tak pernah berehat, Kesemua kamu memasuki tentera dan apabila ada ahli yang sedang berkhidmat, kumpulan kami tidak berhenti bekerja dan melancarkan album baru. Jadi, itu adalah antara kuasa yang dimiliki kami.

super junior: the last man standing

Bukan itu sahaja, setiap ahli yang mempunyai warna sendiri menguatkan lagi reputasi mereka sebagai kumpulan ‘serba boleh’ termasuklah menjayakan lima unit kumpulan berasingan.

Last Man Standing

Bagi peminat tegar, semuanya pasti sedar bahawa tajuk siri dokumentari ini diambil daripada lirik dalam lagu “Superman”. Bukan hanya sekadar perkataan, namun Lee Teuk berkongsi bahawa ayat ini merupakan penggerak utama untuknya terus aktif,

Saya sudah merasainya sejak 10 tahun lalu yang kami akan menjadi orang terakhir berdiri. Jadi, saya merasa beban dan tanggungjawab untuk menonjolkan bagaimana untuk ke hadapan kepada kumpulan junior lain. Jadi, saya mahu bekerja keras.

Ulas Ryeowook pula, dia menggelarkan siri dokumentari ini sebagai mantera kejayaan berterusan Super Junior.

super junior: the last man standing

Momen penting

Seperti diketahui umum, Super Junior merupakan kumpulan K-Pop pertama memiliki ahli yang ramai. Ulas Lee Teuk dari sudut positif, disebabkan setiap ahli dikenali orang ramai, mereka berjaya menceburi pelbagai bidang. Malah ianya turut membantu kumpulan tersebut untuk terus memenangis pelbagai anugerah serta menduduki tinggi dalam carta.

Jawab Ryeowook,

‘Sorry Sorry’, album solo pertama ‘The Little Prince’ dan kesemua ahli berjaya secara individu.

Suka duka Super Junior

Bagi sesiapa yang sudah menonton dua episod awal dokumentari ini, mereka pastinya dapat melihat pelbagai rencah yang dilalui kumpulan itu sepanjang karier mereka. Dari suka ke duka, tiada apa yang belum dirasai kesemua ahli tersebut.

Akui Lee Teuk, dia sudah 4 kali mengulang tayang “Super Junior: The Last Man Standing” namun dia tetap menitikkan air mata setiap kali menonton.

Dokumentari ini memaparkan masa lampau kami, termasuklah krisis dan perselisihan faham. Saya tak sangka ianya akan diselitkan sekali, jadi saya agak terkejut.

super junior: the last man standing

Terselit klip istimewa

Dokumentari ini nyata bermakna buat ELF (peminat Super Junior) kerana mereka bakal disajikan dengan pelbagai klip istimewa iaitu video sebelum debut, penggambaran jaket album debut, video di belakang tabir dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Lee Teuk dan Ryeowook turut menjanjikan pengalaman tontonan yang menghiburkan buat kesemua peminat termasuklah pelanggan Disney+ yang lain. Okay!

Bagi yang belum menonton, cepat langgan Disney+ sekarang juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...