Ikuti Kami:

Disney+ Umum Bakal Lancar Dokumentari ‘Super Junior: The Last Man Standing’

Disney+ Umum Bakal Lancar Dokumentari ‘Super Junior: The Last Man Standing’

Siap sedia semua untuk pelbagai kandungan menarik di laman Disney+!

Terbaru, acara “Disney Content Showcase 2022” telah diadakan di dewan acara utama Marina Bay Sands Singapore, mempamerkan kandungan yang dijadualkan untuk tayang pada tahun 2023 nanti.

Selain drama seperti “Connect” dan “Big Bet” yang bakal menemui penonton, Disney+ turut mengumumkan sejumlah 12 dokumentari yang menampilkan bintang K-Pop seperti “BTS Monuments: Beyond the Star”, “J-Hope Solo Documentary”, “NCT127 Lost Boys”, “Super Junior: The Last Man Standing” dan banyak lagi akan tersedia di platform berkenaan.

Kim So-yeon iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Disney Korea turut berkongsi ingin memperbanyakkan lagi kandungan Korea di laman Disney+ dengan berkata,

Budaya dan kandungan Korea menarik perhatian orang di seluruh dunia dan menggunakan kuasa yang lebih besar berbanding sebelum ini. Oleh itu, Disney merancang untuk terus mengembangkan barisan kandungan Korea sambil bekerjasama dengan pencipta domestik, untuk membawa penceritaan yang sangat baik dan mempersembahkannya kepada dunia.

Yay, sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...