Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Kang Dong-won bersama Jun Ji-hyun!
Terbaru menurut laporan eksklusif, Kang Dong-won dan Jun Ji-hyun telah menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama baru “North Star”, tentang perisik yang telah kehilangan identiti mereka.
Tidak lama kemudian, agensi mengesahkan bahawa memang benar kedua pelakon itu telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama tersebut dan sedang menelitinya secara positif kini.
Untuk pengetahuan, “North Star” adalah drama yang mengisahkan tentang perisik yang hilang identiti mereka dan cuba mencari diri mereka semula. Ianya ditulis oleh penulis Jeong Seo-kyung dari “Little Women” dan “Mother”.
Dalam pada itu, “North Star” akan memulakan penggambaran setelah semua barisan pelakon diputuskan. Namun, tarikh tayangan masih belum disahkan lagi setakat ini.
Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉