Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat tonton Lee Si-young terajui sebuah drama baru!
Terbaru pada 17 April, Lee Si-young dilapor telah menerima tawaran untuk membawa watak utama dalam drama baru berjudul “Salon de Holmes”.
Bagaimanapun, agensi pelakon itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi setakat ini.
Untuk pengetahuan, “Salon de Holmes” adalah drama berdasarkan novel terlaris dengan nama yang sama, akan menggambarkan kisah kumpulan detektif suri rumah.
Dalam pada itu, “Salon de Holmes” dijangka akan memulakan produksi pada tahun ini.
Nantikan maklumat lanjut!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉