Ikuti Kami:

“Kalau Jatuh Macam Mana?” – Lee Siyoung Dikecam Daki Gunung Halla Bersama Anak Kecil

“Kalau Jatuh Macam Mana?” – Lee Siyoung Dikecam Daki Gunung Halla Bersama Anak Kecil

Walaupun entri di media sosial sering mendapat respon positif peminat, namun Lee Si-young secara tiba-tiba dikritik baru-baru ini.

Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya bagi berkongsi momen memanjat Gunung Halla bersama anaknya di belakang bagi menyambut tahun baru.

Tulisnya,

Saya datang ke Gunung Halla bersama awak! Tidak seperti yang diifikirkan, awak sangat berat hingga saya hampir mati tapi ianya sangat bermakna. Saya berasa bersyukur dan gembira.

Tambahnya,

Saya memanjat gunung dengan selamat tanpa tercedera.

lee siyoung

Pun begitu, rata-rata netizen mengecam Lee Si-young kerana tidak peka terhadap keselamatan. Bahkan banyak komen kritikan memenuhi ruangan gambar berkenaan selepas ianya dimuat naik termasuklah di laman komuniti.

Ini kerana mendaki gunung ketika musim sejuk adalah berbahaya namun tindakan wanita itu mengendong anaknya yang berat lebih 20kg yang membuatkan ramai marah. Disebabkan Lee Si-young memiliki 3.42 juta pengikut di Instagram, jadi tindakan ini mungkin akan memberikan teladan buruk buat pengikutnya.

Komen mereka,

Kalau awak membesarkan anak, awak akan tahu bahawa tindakan ini berbahaya.

 

Anaknya akan menjadi beg udara sekiranya dia terjatuh.

 

Saya tahu Lee Si-young memiliki kekuatan fizikal yang hebat namun ini terlalu bahaya.

 

Orang yang tak bertanggungjawab mungkin akan mengikutnya.

 

Kalau ini terjadi di luar negara, dia mungkin akan dituduh mendera anak.

Apa kata anda?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...