Ikuti Kami:

Ikut Jejak Langkah Ahli Yang Lain, Rosé BLACKPINK Dilapor Akan Fokus Aktiviti Solo & Bina Agensi Sendiri

Ikut Jejak Langkah Ahli Yang Lain, Rosé BLACKPINK Dilapor Akan Fokus Aktiviti Solo & Bina Agensi Sendiri

Media Korea telah melaporkan spekulasi mengenai Rosé BLACKPINK yang dikatakan bakal menubuhkan agensinya sendiri serta fokus terhadap aktiviti solonya.

Dengan tiada berita mengenai kemunculan semula BLACKPINK, ahli-ahli kumpulan tersebut dikatakan sedang mengutamakan aktiviti individu dan Rosé tidak terkecuali.

Menurut laporan orang dalam industri, Rosé sedang bekerja keras untuk menubuhkan agensinya sendiri seperti Lisa dan Jennie serta bakal mengumumkan berita mengenai penubuhan tersebut tidak lama lagi.

Tidak berhenti di situ, ahli BLACKPINK itu didapati sudah banyak kali memberikan petanda mengenai kemunculan solonya. Dia juga telah berkongsi klip demo pendek buat peminat di Instagram.

rose-blackpink-ig-channel

Malah, baru-baru ini juga telah tular di media sosial selepas Rosé meminta peminat untuk memberi cadangan nama untuk kelab peminat peribadinya.

Perkara ini sekaligus telah membuatkan ramai yang teruja serta menantikan aktiviti solo Rosé bersama agensinya yang akan datang.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...