Ikuti Kami:

Idola K-Pop Paling Popular Menurut Aplikasi Google Setakat Bulan Jun 2023

Idola K-Pop Paling Popular Menurut Aplikasi Google Setakat Bulan Jun 2023

K-Pop telah menjadi fenomena global dan akan sentiasa diminati oleh semua golongan di serata dunia.

Mengikut data daripada Google, ini adalah 10 idola K-Pop teratas yang paling dicari di Google pada tahun 2023.

idola k-pop yang popular di google

BTS

Kumpulan idola BTS pernah berkolaborasi bersama artis antarabangsa yang popular iaitu Coldplay melalui lagi ‘My Universe’. Lagu ini mendapat sebanyak 274 juta tontonan di YouTube.

Suzy 

Bae Suzy

Suzy ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Dia terkenal sebagai ahli kumpulan perempuan Miss A, dan telah berlakon dalam beberapa drama televisyen termasuk “Dream High 2”. Perkembangan terbaru Suzy bakal bergandingan sekali lagi bersama dengan Kim Woo-bin dalam drama “All Your Wishes Will Come True”.

Kim Seok-jin

kim seok jin

Kim Seok-jin ataupun Jin merupakan vokalis utama kumpulan BTS. Dia mengambil jurusan lakonan dan tidak mempunyai pengetahuan sama ada dalam menari mahupun menyanyi sebelum menjadi sebahagian daripada BTS. Ini membuktikan kehebatan Jin dalam bidang muzik.

G-Dragon 

G-Dragon

G-Dragon telah menjadi salah satu idola lelaki K-Pop paling popular sejak debutnya sebagai ahli BIG BANG. Dia diiktiraf dalam kumpulan itu sebagai ahli paling bergaya dan terkenal kerana imejnya yang sentiasa berubah-ubah.

Jennie

Jennie BLACKPINK terkenal dengan vokalnya yang jelas dan kemahiran rap yang mengagumkan. Dia menghabiskan lima tahun belajar di New Zealand sebelum kembali ke Korea Selatan dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi. Jennie telah bekerja dengan jenama antarabangsa seperti SAMSUNG dan Lotte, malah telah dipilih sebagai imej baharu untuk Chanel Korea Beauty pada 2018.

Jisoo

Pada Ogos 2016 Jisoo menjadi sebagai vokalis utama & visualis untuk kumpulan BLACKPINK. Lebih tiga bulan selepas tayangan awal, Jisoo BP telah memenangi trofi rancangan muzik kesembilannya untuk lagu solonya ‘Flower’.

Jungkook

Artis yang sangat berbakat ini baru sahaja mengumumkan bahawa dia akan membuat kemunculan semula dengan lagu solo terbaru iaitu ‘Seven’. Single baharu Jungkook, bertajuk ‘Seven’ bakal disiarkan pada 14 Julai.

Cha Eun-woo

Chan Eun-woo

Bintang terkenal Cha Eun-woo merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan ASTRO. Dia sangat aktif berlakon dan juga terkenal melalui drama “True Beauty”.

Hyuna

Hyuna pernah menyertai pelbagai kumpulan gadis K-pop, termasuk Wonder Girls dan 4Minute dan kini merupakan salah seorang bintang solo terbesar Korea Selatan. Peranannya sebagai protagonis wanita dalam video muzik ‘Gangnam Style’ bersama Psy juga telah menjadikannya salah seorang bintang K-pop yang paling dikenali.

EXO 

EXO

Baru-baru ini, lagu EXO ‘Hear me out’ menjadi lagu SM Entertainment pertama pada tahun 2023 untuk debut di Carta Lagu iTunes Seluruh Dunia.

Hebat belaka pencapaian mereka, sebab itulah selalu dicari di Google.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...