Ikuti Kami:

Idea Asal Penulis Komik Terkenal Stan Lee, Park Eunbin Dilapor Akan Bintangi Drama Adiwira ‘The B Team’

Idea Asal Penulis Komik Terkenal Stan Lee, Park Eunbin Dilapor Akan Bintangi Drama Adiwira ‘The B Team’

Park Eun-bin dilapor akan membintangi drama yang bertemakan adiwira.

Menurut laporan media, Park Eun-bin dikatakan akan memegang watak utama dalam drama terbaru arahan pengarah “Extraordinary Attorney Woo” iaitu “The B Team”.

Agensi pelakon itu berkata,

Park Eun-bin masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang telah diberikan.

Sementara itu, drama yang bertemakan adiwira ini akan mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang memiliki kuasa luar biasa namun tidak dapat mengawal kuasa tersebut mengikut kehendak mereka. Drama ini juga merupakan idea asal daripada penulis komik terkenal, Stan Lee. Di mana, idea ini telah pertama kali diusulkan pada 6 tahun yang lalu.

park-eunbin-stan-lee

Dalam drama ini, Park Eun-bin akan memegang watak sebagai Eun Chae-ni. Cucu perempuan kepada pemilik sebuah restoran yang juga merupakan seorang gadis yang memiliki kebijaksanaan luar biasa, sangat bersopan santun dan bekerja keras. Namun, dia menjadi seseorang yang degil selepas meningkat dewasa.

Drama ini akan diarahkan oleh pengarah Yoo In-sik yang terkenal dengan karya-karyanya seperti “Romantic Doctor Kim”, “Vagabond” dan “Extraordinary Attorney Woo”.

Banyak betul drama lakonan Park Eun-bin yang akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...