Ikuti Kami:

“Ibu Saya Suruh Bersenam” – Kim Jongkook Kongsi Bagaimana Mula Suka Bersenam

“Ibu Saya Suruh Bersenam” – Kim Jongkook Kongsi Bagaimana Mula Suka Bersenam

Semua orang tahu jika ditanya mengenai sesuatu yang disukai Kim Jong-kook, pasti jawapannya adalah bersenam. Baru-baru ini Kim Jong-kook tampil dalam siri podcast “Secret Guarantee”

“Secret Guarantee” yang merupakan rancangan di saluran YouTube “VIVO TV” kali ini menampilkan Kim Jong-kook sebagai tetamu. Dua pengacara, Song Eun-yi dan Kim Sook mengajukan beberapa soalan kepadanya mengenai bersenam.

Song Eun-yi dan Kim Sook bertanya,

Saya juga suka bersenam, tetapi tidak cukup untuk saya menganggapnya sesuatu yang ‘nikmat’ seperti Kim Jong-kook. Kim Jong-kook kelihatan sangat gembira apabila dia bersenam.

Mereka menyambung,

Jadi semua orang mula tertanya-tanya, “Sejak bila dia mula melihat bersenam sebagai satu nikmat?” Tolong jelaskan. 

kim jongkookKim Jong-kook berkata bahawa dia mula bersenam ketika berusia awal 20-an ketika masih menjadi ahli TURBO, sambil menambah,

Saya terus menurunkan berat badan kerana kami mendapat aktiviti promosi untuk masa yang lama. Ibu saya mencadangkan saya mencuba latihan bebanan. Saya merasakan keadaan saya benar-benar bertambah baik apabila saya mula angkat berat, dan saya mula percaya untuk bersenam sejak itu.

Kim Jong-kook turut berkata,

Saya tidak merasakan ‘nikmat’ ketika itu, tetapi saya mula merasakan ‘nikmat’ ketika sudah empat hingga lima tahun kemudian.

Kim Jong Kook pernah berkata bersenam membuat dia berasa seperti memakan strawberi. Kim Jong-kook kemudian bertanya kepada Song Eun-yi dan Kim Sook, yang tertanya-tanya tanpa memahami apa yang dia maksudkan.

Bagaimana perasaan anda apabila anda makan strawberi?

kim jongkookKedua-duanya berkata,

Ia sangat menyegarkan dan bagus. Ia membuatkan saya berasa baik. Manis dan lazat.

Kim Jong-kook kemudian menjawab,

Itulah sebabnya. Rasanya menyegarkan dan menyenangkan saya.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu masih tidak relevan bagi Song Eun-yi dan Kim Sook kerana mungkin minat yang tidak mendalam terhadap bersenam seperti Kim Jong-kook.

Benda dah biasa buat kan… Suka lah! Korang ada yang minat bersenam ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...