Seringkali diusik, pasti penonton geli hati lihat hubungan antara Jeon So-min dan Yang Se-chan dalam program “Running Man”.

Terbaru dalam siaran 8 Januari “Running Man”, semua ahli sedang bekerjasama untuk menyediakan hidangan makan malam. Sebagai seorang yang kurang berpengalaman, Jeon So-min berkata,
Tidak kira berapa banyak bahan yang ditambah, ia tetap tawar.
Lain pula dengan Yoo Jae-suk yang mempunyai banyak pengalaman di rancangan hiburan, dia memberitahu bahawa mereka hanya perlu menambah pek perisa ramen di dalam masakan.
Selepas selesai makan malam, mereka bermain permainan dan membuat keputusan di mana Yang Se-chan, Jeon So-min, Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin harus menyediakan sarapan pagi pada esoknya.
Pada keesokan harinya ketika sedang memasak, Yoo Jae-suk bertanya kepada Jeon So-min,
So-min, awak rasa awak tak akan kahwin dengan Se-chan, kan?
Mendengar soalan itu, Jeon So-min terus memanggil Se-chan dengan panggilan ‘sayang’. Ji Suk-jin kemudian bertanya tentang reaksi ibu bapa Jeon So-min tentang Se-chan,
Adakah ibu bapa awak suka Se-chan di rumah?
Jawab Jeon So-min,
Ibu saya sangat menyukainya.
Amboi, dah dapat restu nampaknya tu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.