Tak sah kalau ahli “Running Man” tak mengusik adik mereka iaitu Jeon So-min pada saban episod.
BACA: “Khabar Angin Tersebar..” – Kim Jongkook Jawab Dakwaan Ahli ‘Running Man’ Buli Ji Sukjin
Terbaru, program itu telah menayangkan bahagian kedua untuk episod khas ‘Running Man Outing’.
Semasa duduk bersama, Haha sengaja mendekati Jeon So-min dan berkata,
Hey, awak sangat hodoh sekarang.
Tanya Jeon So-min keliru,
Kenapa?
Usik lelaki itu lagi,
Kelakar betul ‘kenapa’. Awak hodoh sangat, sampai terkejut saya.
Seloroh Ji Suk-jin pula,
Habislah, bukan hodoh sedikit sahaja tapi sebanyak ini (sambil mengisyaratkan bulatan besar).
Jeon So-min yang tak berhenti ketawa berkata,
Mereka ini berkelakuan macam mak cik.
Kesian Jeon So-min jadi ‘mangsa’ abang-abang..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.