Ikuti Kami:

“Ibu Saya Risau..” – Akui Pemalu, Kim Soohyun Buka Cerita Kenapa Pilih Untuk Jadi Berlakon

“Ibu Saya Risau..” – Akui Pemalu, Kim Soohyun Buka Cerita Kenapa Pilih Untuk Jadi Berlakon

Pejam celik pejam celik, sudah 17 tahun sejak Kim Soo-hyun debut dalam dunia lakonan.

Terbaru pada 13 Mac, Kim Soo-hyun telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia mengimbas kembali perjalanannya sebelum menjadi seorang pelakon.

Dalam siaran itu, pelakon tersebut berkongsi bagaimana dia boleh terlibat dalam dunia lakonan lebih-lebih lagi sebagai seorang yang pemalu,

Sekarang pun saya belum 100% mengatasi perasaan malu saya tetapi ketika masih muda, aspek itu terlalu ketara. Jadi, ibu saya risau dan mengesyorkan saya memasuki sekolah lakonan.

kim soohyun

Sambung Kim Soo-hyun lagi,

Semasa pergi ke akademi, saya berdiri depan orang ramai dan cuba mengucapkan skrip saya dengan tangan saya bergetar. Saya berumur 15 tahun ketika itu. Ketika membuat persembahan, saya tidak dapat melihat wajah keluarga saya kerana pencahayaan tetapi apabila mendengar tepukan dari orang ramai, ia membuatkan saya berasa sangat bahagia dan terus berfikir ‘Saya mahu lebih banyak merasakan perasaan ini’.

Lakonan Kim Soo-hyun memang tak pernah mengecewakan, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...