Ikuti Kami:

“Ibu Saya Menderita..” – Ji Changwook Kongsi Kehidupan Bersama Ibu Selepas Ayah Meninggal

“Ibu Saya Menderita..” – Ji Changwook Kongsi Kehidupan Bersama Ibu Selepas Ayah Meninggal

Baru-baru ini, Ji Chang-wook telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block” dan berkongsi tentang pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, Ji Chang-wook ada menceritakan tentang kehidupan bersama ibunya, selepas ayahnya meninggal dunia. Luahnya,

Ayah saya dah lama meninggal dan ibu saya sangat menderita. Sejak kecil, saya dah terfikir untuk melindungi ibu saya sebagai seorang anak lelaki.

Sambungnya lagi,

Saya tiada wang yang cukup untuk menghadiri sekolah biasa dan tuisyen juga terlalu mahal. Jadi saya bekerja sambilan dengan rakan yang kini menjadi CEO syarikat saya. Saya hidup dengan matlamat bahawa ibu saya tidak perlu menderita atau bimbang tentang wang lagi.

ji changwook

Kemudian, Ji Chang-wook juga akui bahawa untuk membuatkan ibunya berasa gembira, dia sering mencari waktu untuk meluangkan waktu bersamanya,

Daripada memberinya benda yang menarik atau belikan makanan yang lazat, saya fikir perkara terbaik ialah meluangkan lebih banyak masa bersamanya. Saya cuba untuk makan malam dengannya bila boleh. Kami menghabiskan masa bersama seperti kawan.

Anak yang baik tau Ji Chang-wook ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...