Ikuti Kami:

Booked & Busy! Ji Changwook Bakal Temui Penonton Dengan 5 Projek Berbeza Tahun Ini

Booked & Busy! Ji Changwook Bakal Temui Penonton Dengan 5 Projek Berbeza Tahun Ini

Siap sedia semua, Ji Chang-wook akan menemui anda dengan pelbagai projek!

Pada tahun lepas, penonton telah disajikan dengan pelbagai drama dari Ji Chang-wook seperti “The Worst of Evil” dan “Welcome to Samdalri”.

Tidak mengenal erti penat, pelakon lelaki itu juga akan kembali menemui penonton dengan pelbagai projek pada tahun ini, dari drama dan rancangan hiburan!

Revolver

filem revolver

Ji Chang-wook telah disahkan akan terajui filem “Revolver” bergandingan dengan Jeon Do-yeon dan Lim Ji-yeon. Filem ini akan menceritakan kisah seorang bekas pegawai polis yang berusaha untuk mencapai matlamatnya.

The Queen Woo

drama the queen woo

“The Queen Woo” ialah drama web yang akan dibintangi Jeon Jong-seo, Ji Chang-wook, Kim Mu-yeol, Jung Yu-mi, Lee Soo-hyuk dan Park Ji-hwan. Ia adalah tentang perjuangan untuk menubuhkan raja baru dalam masa 24 jam.

Gangnam B-Side

drama gangnam b-side

Diterajui Ji Chang-wook, Ha Yun-kyung dan Jo Woo-jin, “Gangnam B-Side” adalah siri jenayah yang akan mengikuti seorang detektif elit yang telah diturunkan pangkat, seorang pendakwa raya dan pasukan broker misteri untuk mengejar kuasa gelap berlatarkan Gangnam pada waktu malam.

Sculpture City

ji changwook sculpture city

Selain itu, Ji Chang-wook juga sedang meneliti secara positif tawaran untuk bekerjasama dengan D.O. EXO dalam “Sculpture City”, sebuah kisah dendam berdarah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menjalani kehidupan biasa, selepas hidupnya dimanipulasi sepenuhnya.

My Name Is Gabriel

my name is gabriel

Selain drama dan filem, Ji Chang-wook juga telah disahkan akan sertai program hiburan baru “My Name is Gabriel”, yang akan mengikuti ahli pergi ke luar negara dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang bukan selebriti. Ahli lain yang telah disahkan akan sertai rancangan ini adalah Park Myung-soo, Yeom Hye-ran, Hong Jin-kyung dan Park Bo-gum.

Syok la peminat Ji Chang-wook tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...