Ikuti Kami:

“Ibu Mertua Saya Bimbang” – Byul Dedah Haha Hanya Makan Ramen Ketika Muda

“Ibu Mertua Saya Bimbang” – Byul Dedah Haha Hanya Makan Ramen Ketika Muda

Betul lah orang cakap ibu ni akan lakukan apa sahaja demi anaknya kan?

Baru-baru ini, Byul telah muncul sebagai tetamu dalam sebuah program berjudul “Gourmet Heo Young-man’s Alumni Journey”.

Untuk maklumat, program “Gourment Heo Young-man’s Alumni Journey” merupakan program yang mencari makna dan nilai rasa sebenar dalam makanan di meja kejiranan.

Ketika sedang menjamu selera, Byul ada menyatakan tentang makanan yang dibuat oleh ibu mertuanya iaitu ibu kepada Haha.

Ada satu hari ibu mertua saya sedang membuat sup rumpai laut dan apabila saya merasai sup tersebut, saya agak terkejut. Walaupun ianya tidaklah rasa sedap tetapi itu adalah kali pertama saya cuba rasa sup tersebut. Sekarang ini saya ingin tahu lagi bagaimana rasanya sup rumpai laut.

byul

Kemudian, dia bercakap lagi tentang ibu mertuanya yang bimbang akan kesihatan anaknya.

Ibu mertua saya telah mencipta satu hidangan buat Haha. Semasa suami saya di usia muda, dia hanya makan ramen sahaja, jadi ibu mertua saya bimbang tentang kesihatan anaknya itu. Lalu, dia menambah sayur-sayuran yang mempunyai vitamin ke dalam ramen.

Tambahnya lagi, Haha juga pernah memberitahu kepada Byul bahawa keluarganya pernah hidup susah.

Mereka pernah memberitahu saya, mereka pernah hidup susah suatu ketika dahulu. Kemudian, suami saya kata dia makan semua benda kecuali makanan yang busuk.

byul

Ketika Byul sedang menceritakan kisah hidup suaminya itu, dia telah mendedahkan bagaimana pertemuan pertama mereka di restoran yang diusahakan sendiri oleh suaminya itu.

Ketika kami dalam sesi berkenalan, saya tahu suami saya sedang mengusahakan restoran daging dan saya akan pergi ke sana untuk makan.

Comel je ibu mertua Byul layankan anaknya Haha pada usia muda dulu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...