Utama Rancangan Hiburan Cuti Sambil Belajar, Haha & Keluarga Umum Keluarkan Program Realiti ‘Ha Ha...

Cuti Sambil Belajar, Haha & Keluarga Umum Keluarkan Program Realiti ‘Ha Ha Bus’ April Ini

Ha_Ha_Bus

Nampaknya, Haha ada rancangan hiburan bersama keluarga dia sendiri lah!

Terbaru, salah seorang ahli dari “Running Man” iaitu Haha, bakal mengeluarkan sebuah program realiti bersama keluarganya, Byul, Dream, Soul dan Song Yi yang berjudul “Ha Ha Bus”, akan ditayangkan pada bulan April ini.

Program realiti ini akan mengikuti Haha, Byul dan tiga orang anak mereka bercuti sambil belajar dan juga memaparkan budaya Korea yang mungkin tidak diketahui ramai serta tempat pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga.

haha bus

Untuk maklumat, program ini amat bermakna buat keluarga Haha dan Byul, kerana anak bongsu mereka iaitu Song Yi kini sedang dalam proses pemulihan selepas disahkan menghidap penyakit sindrom Guillain-Barré.

Tak sabar nak tengok program “Ha Ha Bus” ni nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNewsis
Loading...