Ikuti Kami:

“Ibu Menangis” – Hanya Tahu Anak Buat Banyak Kerja Part-Time Dari Berita, Im Jaehyuk Dedah Reaksi Ibunya

“Ibu Menangis” – Hanya Tahu Anak Buat Banyak Kerja Part-Time Dari Berita, Im Jaehyuk Dedah Reaksi Ibunya

Menempa nama dek kepopularitian “All Of Us Are Dead”, siapa sangka Im Jae-hyuk masih lagi meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Pernah berkongsi bahawa dia terus melakukan pelbagai kerja separuh masa hingga kini, pelakon lelaki itu bercerita lebih mengenainya menerusi “You Quiz On The Block” baru-baru ini.

Katanya,

Saya bekerja sebagai pemandu ganti sehingga 4 hari lalu. Saya sedang bekerja separuh masa memindahkan perabot 2 ke 3 kali seminggu dari 7 pagi ke 10.30 pagi.

im jaehyuk you quiz on the block

Tanya Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho,

Jika awak sudah memiliki sebanyak ini ‘selepas ‘All Of Us Are Dead”, kenapa tak berehat sahaja?

Jelas lelaki tersebut,

Tiada apa yang istimewa mengenai akaun bank saya. Saya menghabiskan 900,000 won ke sejuta won pada setiap bulan untuk membayar sewa dan keperluan harian, tapi saya hanya mampu bekerja setakat ini.

Im Jae-hyuk juga berkongsi bahawa tiada satu pekerjaan separuh masa yang tidak pernah dicubanya. Antaranya ialah kedai ikan, kedai daging, pelayan, pasar raya dan banyak lagi.

Apabila ditanya kerja mana yang paling sukar dan senang, jawabnya,

Paling senang ialah pembantu pengurus dan paling sukar ialah perkhidmatan pemandu.

im jaehyuk you quiz on the block

Mengejutkan apabila pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi bahawa ibunya hanya mengetahui dia melakukan kerja separuh masa yang sukar ini menerusi laporan berita. Dedahnya,

Ibu saya menelefon pada malam berita itu disiarkan dan menangis. Katanya, ‘Saya ingat awak membuat duit dan berada dalam keadaan yang baik. Awak hidup seperti itu?’ Dia sangat kecewa.

Tambahnya,

Apabila saya menyertai latihan ketenteraan, saya mahu melakukannya tanpa sokongan ibu ayah. Mereka meminta saya memberitahu mereka sekiranya melalui waktu yang sukar namun saya mengatakan yang saya punyai wang. Saya tak mahu buat mereka sedih.

Kuat kan Im Jae-hyuk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...